Whisperer

My Photo
kalau pengalaman itu cikgu terbaik. masa itu adalah doktor terbaik. jatuhbangun miszcahye mungkin jadi guru ganti buat kalian dan vice versa :) [berkongsi kekuatan]

LOVE LETTER

LOVE LETTER

Tinta Miszcahye


miszcahye : semoga isi kandungan blog ini memberi manfaat buat semua pembaca...insyaAllah




Jatuhkan soalan

Saturday, May 25, 2013

anak abah sayang abah

Assalamualaikum...

abah...
terima kasih sebab selalu bersusah payah untuk anak abah
anak abah melihat dan memerhati
segala kesusahan abah
kerut pada wajah abah mengambarkan segala resah dan payah
waktu itu anak abah hanya mampu melihat
dan merawat duka sendiri...
ada kala anak abah hampir rebah
namun mencuba untuk bangkit lagi
kerana abah jua...
kerana abah hebat.abah kuat dan tabah
anak abah pun harus begitu
supaya beban abah tiada bertambah

abah...
terima kasih atas segalanya
walaupun abah mungkin tidak begitu
menonjolkan sayang dan kasih
namun segala perbuatan abah mengesahkan segalanya
abah rela dengan handphone lama yang tidak berganti
abah rela tidak membeli baju baru 
abah rela berkorban banyak benda
demi keluarga kita
tiada satu pun barang abah yang dibeli kerana kepuasan peribadi
yang ada hanya benda yang teramat perlu
fikiran abah sentiasa ada anak-anak di tangga teratas
bila mana abah mengahalang anak abah dari memohon pinjaman
biarlah abah tiada bergaya
asalkan anak abah bebas dari hutang dan pinjaman
abah yang sentiasa memikirkan anak abah
setiap masa dan ketika
terima kasih abah :')

abah...
ini coretan anak abah yang mengerti dan menghargai
anak abah cuba untuk menjadi hebat di mata abah
anak abah cuba untuk menjadi pelajar berjaya
anak abah kini redha seandainya rezeki anak abah
bukan sekarang...
anak abah yang tidak memberitahu result keputusan
kerana tidak tertanggung rasanya melihat raut kecewa abah
anak abah yang kecewa dan duka
makin pilu bila memikirkan abah

abah...
anak abah ingin berjanji
selagi hayat ada
anak abah berjanji akan mencuba
menjadi anak solehah
untuk abah senang di akhirat
ini janji anak abah
kalau memang anak abah tak mampu
gembirakan abah dengan result cemerlang
banggakan abah dengan kerja besar
anak abah tahu abah berharap ada doktor
di kalangan anak abah
kadang-kadang anak abah berharap 
ada doktor yang sudi terima anak abah
untuk kesenangan abah dan umi...

abah 
doakan anak abah sentiasa
dan anak abah sentiasa doakan abah
abah sentiasa sihat ye
anak abah doakan abah sihat badan dan iman


Sunday, April 21, 2013

Janji Anak Umi

Assalamualaikum...

i always remember something that my brother posted in his fb
"ingat sokmo hok mok pesey"
---> selalu ingat apa yang mak pesan
my brother is an obedient son.
and my mom tell me so,too.

mana-mana mak pun mesti selalu bagi nasihat
kat anak-anak tentang calon pasangan kan kan???
dan mata mak ayah ni biasa cepat je kesan
sama ada lelaki ini atau perempuan ini
sesuai atau tidak dengan anak mereka.

umi saya selalu pesan
kalau boleh cari yang lagi susah.
ini ayat untuk abang-abang saya
biarlah bakal isteri itu yang akan dididik
dan yang tahu hormat dan jaga aib sang suami

dan untuk saya...
biarlah calon besannya itu biasa-biasa
bukannya gaya mak datin...
lagi suka kalau yg bertudung labuh.

Umi,
lelaki pilihan Nur nanti
ciri yang utama pastilah iman dan agamanya
nak jadi imam anak umi ni..haaaa
yang kedua,
Nur pasti dia dapat mengemudi anak umi sebaiknya
Anak umi akan patuh dan yakin untuk dididik dan ditarbiyah
yang ketiga, Biarlah anak umi senang dengan latar keluarganya
Biar miskin atau kaya bukanlah itu jadi ukuran
kerna yang pasti anak umi rela bersusah senang dengannya.
Andai keluarganya kaya,biarlah.
Dia mungkin hanya biasa-biasa...
Andai keluarganya susah, biarlah.
anak umi tetap mahu bersamanya.
Namun yang pasti...
restu umi abah tetap Nur dahulukan.
Kun fayakun.
Allah akan mudahkan.
Allah akan lembutkan hati semuanya.
Andai ini yang Allah pilih dan tentukan.


Si dia mungkin bukan hebat di mata dunia.

Tapi cukup hebat di mata anak umi.






Rabbi Yassir Wala Tuassir Ya Kareem :')








Sunday, April 14, 2013

Hati

Assalamualaikum...


berapa banyak yang tumpah
Gara-gara melawan arus rasa?

berapa jauh berkelana minda yang dikaburi rasa?

Ini masalah hati.
boleh bikin sakit jiwa.

Tapi ingat kembali ayat Eika.
"qeoh,cinta dalam diam tu jihad tau!"


Ini pelajaran kuat
Ini masanya untuk berharap pada pemilik hati.
minta,adu dan yakin.hanya pada Dia.


Abai

Assalamualaikum




Abai?Blog ini terabai.
sekian lama.


Entah bila boleh kembali aktif
macam radikal bebas.


InsyaAllah tidaklah selamanya diabaikan.


ps : Misi mencari Abu Faiq.ehem.




Saturday, February 2, 2013

Nilai

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Syukur

atas segala nikmat.
atas segala kurnia.
atas segala hikmah di balik ujian.

lama.terlalu lama blog ini sepi.

post pertama 2013.
umur bertambah.
jasa dan sumbangan buat ad deen?
rungkaikan sendiri.

2012 yang ditinggalkan.
ada hati yang tanpa sedar 
sudah kotor.keras.banyak lompong.
kalau berbau.mungkin pengsan orang sekeliling.

mudah marah.negatif.mudah nampak salah orang.

dan ego bertingkat-tingkat.

dan konklusi.
bila kita jauh dari Allah

hati keras
hati kotor
diri rapuh
diri ego

solusi
kembali dekat dengan Allah
Padam jarak.
Hapus liat.

nak mencuba.
doakan.

Miszcahye yang baru.
do i live up to my name???

Monday, December 3, 2012

Pelajaran Kelu

Assalamualaikum...

Betapa merasakan blog ini lama terabai.
dibiarkan sepi tanpa isi...


Hari ini kelas mula pukul 9.30a.m
presentation, first thing in the morning
kupas pasal enzim rennet dalam keju.
10.30 terus sambung ujian mendengar bahasa arab
(adakah listening test ujian mendengar sebetulnya???)
kemudian kelas food chemistry.dengar presentation 2 jam
habis kelas,terus bergegas ke dewan kuliah depan
ada test.test food product manufacturing
aku bergegas daki tangga dewan
entah mana salah.tanpa sempat fikir
aku dah terjatuh atas tangga.sebijik macam katak
aku dengar suara kawan aku jerit nama aku.
aku duduk dan pegang fail erat-erat.
masih tenang.aku selak nota.calculation yang dah aku hafal
semua dah kosong.hilang.blank.
yang terasa cuma denyutan kat kaki.
paksa otak.kerah berkali-kali.
semua dah hilang.
aku mulai layan tangis sama nada dengan denyutan kaki.
dah memang aku tak dapat jawab calculation tu.sekian.

post ini bukan nak cakap betapa sibuknya hari aku
atau nak sampaikan mesej hati-hati naik tangga.

it was not a good day for me.
but i learnt something.

mati.

tanpa aku sedar.aku dah terjatuh.
dan hilang semua hafalan aku.

dan 

mungkin juga tanpa aku sedar aku dah terjatuh
dan sedar-sedar sahaja aku tiada lagi di dunia.

mati itu pasti tiba.
cuma tidak pasti bila.
boleh datang sekelip mata
tanpa sempat fikir apa-apa.




Sunday, November 4, 2012

Latih Tubi Kehidupan

Assalamualaikum...

Zara mulai gelisah.Sudah berulang kali dia cuba lelapkan mata.Kalih ke kanan, kalih ke kiri.Cuba mengira biri-biri?Semua sudah Zara cuba.Otak makin tepu.Aduhai otak hentilah berfikir dan merencana.Bawak-bawaklah berehat.Esok tuanmu perlukan khidmatmu dengan fokus maksima.Apa lagi yang tak kena duhai hati.Bukankah telah termeterai janji kita untuk fokus pada pelajaran.Cukup-cukuplah mengingatkan perkara yang tidak penting.Untuk waktu sekarang.Seseorang yang patut dilupakan.Namun makin cuba dilupakan,makin sukar rasanya.Malam terus larut.Bersama Zara yang hanyut dalam khayalan.

Saliha terus merenung syiling.Dalam dan mendalam menembusi hingga sampai ke kampungnya. Otaknya ligat berfikir.Kenapa terasa hidup ini kosong.Tanpa isi.Tanpa cahaya.Saliha menahan kerut di dahi,namun gagal kerana hal yang difikirkan dirasakan begitu berat.Mungkin ada yang kurang pada aku.Aku anak yang baik.Patuh pada ibu dan ayah.Aku tidak pernah tinggalkan solat.Aku suka menolong orang.Pakaian aku?Hmmm walaupun aku tidak bertudung tapi aku tetap menjaga pakaian aku.Aku selesa berbaju kurung, cuma belum bersedia untuk bertudung.Ini ke sebabnya?Perlu ke aku bertudung sekarang?Aku baik errr walaupun aku tak bertudung.Sekurang-kurangnya taklah seperti gadis-gadis bertudung yang sentiasa lepas laku di luar sana.Hmmm...

Fatma hilang dalam tangis.Hari ini dirasakan terlalu berat.Dibiarkan pancuran air menampar deras tubuhnya.Mengapa hari ini bertimpa-timpa ujian dihadapinya.Biarlah dia mengambil masa ketika mandi ini untuk melepaskan stress yang dirasai.Sedetik dia terpana.Dia ada Allah.mengapa perlu dia merintih dalam bilik air begini.Terasa diri negitu alpa lalu terus dia menyegerakan mandi dan berwuduk.Dia harus segera mengadap Ilahi.Sujud dan mengadu.Hanya pada Allah.Kemudian Fatma solat dengan begitu khusyuk.Terasa ada satu jalinan hubungan yang istimewa dengan Pencipta.Tenang yang mulai mampir.Lewat sujud yang akhir lama dia mengadu.Sehingga puas.Dia bangkit dengan semangat baru.Dia mesti berpegang dengan ayat "Jangan Bersedih,Sesungguhnya Allah bersama kita".Usai solat dia mendapat pesanan ringkas daripada sahabat yang jauh di Sarawak.
Assalamualaikum sahabat.Kaifa Haluki?Harapnya sihat iman dan sihat fizikal.Ingin saya kongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada naqibah usrah saya."Kekuatan yang sebenar ada pada Allah.Kita hanya meminjam kekuatan yang Dia beri.Tetapi tidak ramai yang merapatiNya.Sebab itu hidup dalam kelemahan yang tidak terperi."..Indah bukan kata-kata ini.Semoga kita sentiasa dekat dengan Allah.Sayang awak kerana Allah. :)
Fatma membiarkan mutiara halus yang menghiasi pipi.Betapa Allah itu Maha Penyayang.Baru sahaja dia sujud mengadu dan memohon kekuatan,begitu cepat Allah memberikan dia jawapan melalui sahabat baiknya. Terima kasih Ya Allah :')


Miszcahye : Kadangkala kita merasakan hanya kita yang diuji. Hanya kita yang merasai perit sebuah kehilangan mahu kegagalan.Sedangkan begitu ramai yang berperang dengan perasaan, begitu ramai yang bergelut dengan seribu satu masalah tersendiri.Dan berselindung di balik senyuman manis.

Perkongsian ini untuk kita.Mencari kuat.Mendekati Pencipta :)




footsteps

Pelajar Jatuhbangun

Cursor