Assalamualaikum...
baru-baru ini saya merasa terlalu kecewa...
kerana pertemuan bersama rakan-rakan sekolah batal
kecewa sungguh yang amat sehinggakan
sy malas berinteraksi dengan sahabat-sahabat di mukabuku
namun Allah Maha Pemurah
Dia beri sy kegembiraan pada keesokkan harinya...
kami meluangkan masa bersama dengan keriangan.syukur!
semoga Allah sentiasa memberkati ukhwah kami, G40
Premis satu : setujukah anda kawan-kawan terbaik yang pernah anda ada adalah kawan-kawan satu sekolah....
(atau mungkin kawan satu U atau kawan sekerja)
Pernahkah anda cuba mengawal diri anda semasa marah???
sy yakin seyakinnya ada di antara kita yang membiarkan marah beraja
lantas lebur segala batas dan hormat yang sepatutnya ada...
-ambil wuduk
-ubah posisi diri...kalau sedang berdiri, duduk.kalau sedang duduk, cuba berbaring...
Premis dua : Setujukah anda kalau kiranya saya mengatakan bahawa kita lebih gemar memuntahkan lahar kemarahan berbanding cuba untuk mengawalnya?
kawan saya cakap salah satu tanda kerahmatan atau keberkatan seorang wanita adalah cepat mendapat zuriat setelah berkahwin....
saya pelik dengan sesetengah orang yang katanya
akan mengikut pilihan ibu bapa apabila berkahwin kelak
namun pada masa yang sama
menjalin hubungan cinta dengan seseorang.bukan serius pun katanya...
namun kita bukanlah buta untuk menilai si dara
bermati-matian beritu ini demi si uda.alahai...
Premis 3 : Ramai diantara kita tahu cinta selepas nikah adalah yang terbaik namun masih enggan melepaslan cinta yang x pasti (tanpa ikatan sah) sedangkan dalam hal lain kita sentiasa yakin bahawa janji Allah itu pasti ;) Adakah kita tidak yakin dengan janji Allah bila ianya melibatkan cinta?
p/s : ingin berubah? mintalah kekuatan dari Allah. ingin menunggu saat tiba hidayah? mohonlah kepada Allah supaya dilembutkan hati untuk menerima Hidayah Allah... mengadulah pada Allah...mintalah pada Allah...jadikan Allah nombor satu. insyaAllah kita sama-sama... :)))




0 pendekar jatuhbangun:
Post a Comment