Assalamualaikum...
ibu berkali-kali meluahkan seribu kekecewaan
yang diselaputi seribu satu harapan
sekali anak ibu menghampakan
tiga kali ibu membina harapan baru buat anak ibu
Biar anak ibu lemas dalam kejahilan lampau
Ibu masih menghulur tangan ingin menyambut
Biar hitam legam masa lalu anak ibu
Ibu mampu menerima biar masa depan masih kelabu
berkeping-keping hati ibu dihancur luluhkan
masih ibu menyayangi tanpa syarat
hancur lumat hati ibu tanpa belas
ibu terus menyayangi
telah ibu siapkan satu ruang dalam hati
penuh dengan kasih sayang,harapan dan perhatian
biarpun sudah lama kosong tiada berpenghuni
Ibu masih sabar menanti
dengan keyakinan ibu
suatu masa anak ibu pasti menjengah
dan menghuni kekal ruangan kasih itu.
kerana ibu...
terlalu menyayangi...
p/s : cantumkan kembali harapan ibu,sayang :')
Whisperer
- Miszcahye
- kalau pengalaman itu cikgu terbaik. masa itu adalah doktor terbaik. jatuhbangun miszcahye mungkin jadi guru ganti buat kalian dan vice versa :) [berkongsi kekuatan]
:')
ReplyDeleteAs-salamu alaykum,
ReplyDeleteI like your writing.
Fun Recreational Boating