Whisperer

My Photo
kalau pengalaman itu cikgu terbaik. masa itu adalah doktor terbaik. jatuhbangun miszcahye mungkin jadi guru ganti buat kalian dan vice versa :) [berkongsi kekuatan]

LOVE LETTER

LOVE LETTER

Tinta Miszcahye


miszcahye : semoga isi kandungan blog ini memberi manfaat buat semua pembaca...insyaAllah




Jatuhkan soalan

Sunday, November 4, 2012

Latih Tubi Kehidupan

Assalamualaikum...

Zara mulai gelisah.Sudah berulang kali dia cuba lelapkan mata.Kalih ke kanan, kalih ke kiri.Cuba mengira biri-biri?Semua sudah Zara cuba.Otak makin tepu.Aduhai otak hentilah berfikir dan merencana.Bawak-bawaklah berehat.Esok tuanmu perlukan khidmatmu dengan fokus maksima.Apa lagi yang tak kena duhai hati.Bukankah telah termeterai janji kita untuk fokus pada pelajaran.Cukup-cukuplah mengingatkan perkara yang tidak penting.Untuk waktu sekarang.Seseorang yang patut dilupakan.Namun makin cuba dilupakan,makin sukar rasanya.Malam terus larut.Bersama Zara yang hanyut dalam khayalan.

Saliha terus merenung syiling.Dalam dan mendalam menembusi hingga sampai ke kampungnya. Otaknya ligat berfikir.Kenapa terasa hidup ini kosong.Tanpa isi.Tanpa cahaya.Saliha menahan kerut di dahi,namun gagal kerana hal yang difikirkan dirasakan begitu berat.Mungkin ada yang kurang pada aku.Aku anak yang baik.Patuh pada ibu dan ayah.Aku tidak pernah tinggalkan solat.Aku suka menolong orang.Pakaian aku?Hmmm walaupun aku tidak bertudung tapi aku tetap menjaga pakaian aku.Aku selesa berbaju kurung, cuma belum bersedia untuk bertudung.Ini ke sebabnya?Perlu ke aku bertudung sekarang?Aku baik errr walaupun aku tak bertudung.Sekurang-kurangnya taklah seperti gadis-gadis bertudung yang sentiasa lepas laku di luar sana.Hmmm...

Fatma hilang dalam tangis.Hari ini dirasakan terlalu berat.Dibiarkan pancuran air menampar deras tubuhnya.Mengapa hari ini bertimpa-timpa ujian dihadapinya.Biarlah dia mengambil masa ketika mandi ini untuk melepaskan stress yang dirasai.Sedetik dia terpana.Dia ada Allah.mengapa perlu dia merintih dalam bilik air begini.Terasa diri negitu alpa lalu terus dia menyegerakan mandi dan berwuduk.Dia harus segera mengadap Ilahi.Sujud dan mengadu.Hanya pada Allah.Kemudian Fatma solat dengan begitu khusyuk.Terasa ada satu jalinan hubungan yang istimewa dengan Pencipta.Tenang yang mulai mampir.Lewat sujud yang akhir lama dia mengadu.Sehingga puas.Dia bangkit dengan semangat baru.Dia mesti berpegang dengan ayat "Jangan Bersedih,Sesungguhnya Allah bersama kita".Usai solat dia mendapat pesanan ringkas daripada sahabat yang jauh di Sarawak.
Assalamualaikum sahabat.Kaifa Haluki?Harapnya sihat iman dan sihat fizikal.Ingin saya kongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada naqibah usrah saya."Kekuatan yang sebenar ada pada Allah.Kita hanya meminjam kekuatan yang Dia beri.Tetapi tidak ramai yang merapatiNya.Sebab itu hidup dalam kelemahan yang tidak terperi."..Indah bukan kata-kata ini.Semoga kita sentiasa dekat dengan Allah.Sayang awak kerana Allah. :)
Fatma membiarkan mutiara halus yang menghiasi pipi.Betapa Allah itu Maha Penyayang.Baru sahaja dia sujud mengadu dan memohon kekuatan,begitu cepat Allah memberikan dia jawapan melalui sahabat baiknya. Terima kasih Ya Allah :')


Miszcahye : Kadangkala kita merasakan hanya kita yang diuji. Hanya kita yang merasai perit sebuah kehilangan mahu kegagalan.Sedangkan begitu ramai yang berperang dengan perasaan, begitu ramai yang bergelut dengan seribu satu masalah tersendiri.Dan berselindung di balik senyuman manis.

Perkongsian ini untuk kita.Mencari kuat.Mendekati Pencipta :)




No comments:

Post a Comment

footsteps

Pelajar Jatuhbangun

Cursor