Assalamualaikum...
Betapa merasakan blog ini lama terabai.
dibiarkan sepi tanpa isi...
Hari ini kelas mula pukul 9.30a.m
presentation, first thing in the morning
kupas pasal enzim rennet dalam keju.
10.30 terus sambung ujian mendengar bahasa arab
(adakah listening test ujian mendengar sebetulnya???)
kemudian kelas food chemistry.dengar presentation 2 jam
habis kelas,terus bergegas ke dewan kuliah depan
ada test.test food product manufacturing
aku bergegas daki tangga dewan
entah mana salah.tanpa sempat fikir
aku dah terjatuh atas tangga.sebijik macam katak
aku dengar suara kawan aku jerit nama aku.
aku duduk dan pegang fail erat-erat.
masih tenang.aku selak nota.calculation yang dah aku hafal
semua dah kosong.hilang.blank.
yang terasa cuma denyutan kat kaki.
paksa otak.kerah berkali-kali.
semua dah hilang.
aku mulai layan tangis sama nada dengan denyutan kaki.
dah memang aku tak dapat jawab calculation tu.sekian.
post ini bukan nak cakap betapa sibuknya hari aku
atau nak sampaikan mesej hati-hati naik tangga.
it was not a good day for me.
but i learnt something.
mati.
tanpa aku sedar.aku dah terjatuh.
dan hilang semua hafalan aku.
dan
mungkin juga tanpa aku sedar aku dah terjatuh
dan sedar-sedar sahaja aku tiada lagi di dunia.
mati itu pasti tiba.
cuma tidak pasti bila.
boleh datang sekelip mata
tanpa sempat fikir apa-apa.
Whisperer
- Miszcahye
- kalau pengalaman itu cikgu terbaik. masa itu adalah doktor terbaik. jatuhbangun miszcahye mungkin jadi guru ganti buat kalian dan vice versa :) [berkongsi kekuatan]
this is my new blog!do stopby ;)
ReplyDeletehttp://www.rasyidahkamar.blogspot.com/